Wednesday 26 October 2016

HARI KELUARGA 2016

22-23 OKTOBER 2016 - UPS SK LKTP Jengka 21 menjayakan program Hari Keluarga bagi tahun ini.

Sutra Beach Resort Merang Terengganu telah terpilih sebagai lokasi penginapan bagi kali ini. Sesungguhnya perjalanan yang panjang dari Jengka ke Merang terubat dengan singgah menikmati juadah tengah hari di rumah Cikgu Ahmad Sofri di Cukai.



Perbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan dan terjalin kenangan-kenangan indah di sana, selain menepati matlamat program yang dirancang..

Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.

Sunday 16 October 2016

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016

14 - 16 OKTOBER 2016 - Unit Beruniform SK LKTP Jengka 21 telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform 2016.

Program ini telah disertai oleh Pasukan Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah dengan kekuatan anggota perkhemahan 108 peserta yang mengikuti pelbagai aktiviti telah dirancang menepati objektif program.




Sekolah turut merakamkan terima kasih kepada Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan peserta ujian lencana Pengakap SMK Jengka 21 yang turut menjayakan program ini.

Sesungguhnya program yang dirancang ini telah berjaya menghasilkan perubahan sikap dan disiplin para peserta perkhemahan di samping menepati sasaran visi dan misi unit kokurikulum  SK LKTP Jengka 21. Tahniah.

Sila klik GALERI untuk koleksi foto aktiviti.

Sunday 9 October 2016

HARI SUKAN NEGARA

8 OKTOBER 2016 - SK LKTP Jengka 21 turut memeriahkan sambuatan Hari Sukan Negara 2016 yang berlangsung seluruh negara pada tarikh ini. Beberapa acara telah diatur antaranya, Senamrobik, Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Jaring, Bola Tampat dan Sepak Takraw. Hari ini turut diisi dengan aktiviti riadah bagi murid tahun 6 iaitu menceriakan persekitaran sekolah dengan aktiviti mengecat.




Tahniah kepada seluruh warga SK LKTP Jengka 21 yang berjaya melaksanakan program yang dirancang.

Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.

Tuesday 20 September 2016

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN 2016

20 SEPTEMBER 2016 - Unit Kokurikulum SK LKTP Jengka 21 dengan kerjasama semua warga sekolah telah berjaya melaksanakan majlis berkenaan yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Encik Zahuri.

Pelbagai acara diatur dari awal pagi bermula dengan senamrobik yang diketua oleh Cikgu Ahmad Sokri dan dimeriahkan dengan murid Tahap 1 memakai pakaian patriotik berasaskan Jalur Gemilang.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2016. Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti

Sunday 4 September 2016

TELAH BERSEDIA

Warga sekolah mendoakan semoga calon-calon UPSR 2016 benar-benar telah bersedia menghadapi UPSR yang akan berlangsung mulai 5 hingga 8 September ini.



Ustaz Ghazali kerap mengingatkan calon agar berdoa dan bertawakal setelah melakukan usaha gigih tanpa mengira masa dan kebosanan. Selamat menghadapi UPSR 2016, semoga beroleh pencapaian yang membanggakan semua.

Friday 2 September 2016

MAJLIS TITISAN ILMU

2 SEPTEMBER 2016 - Unit Kecemerlangan UPSR SK LKTP Jengka 21 memasuki fasa terakhir dalam memastikan calon UPSR 2016 telah bersedia menghadapi UPSR.

Semua calon UPSR telah didampingi ibu bapa masing-masing mengikuti program tahunan yang bagaikan satu kemastian iaitu Majlis Tititsan Ilmu.
 


Dalam majlis ini, semua calon UPSR telah memohon restu para guru yang pernah mendidik mereka semenjak dari prasekolah hingga kini agar memproleh ketenangan dalam menjawab soalan-soalan yang bakal dihadapi mulai 5 - 8 September 2016 ini.

Kami warga sekolah dan juga warga pendidik sekolah ini mendoakan semua calon UPSR memperoleh kejayaan cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.

Wednesday 31 August 2016

AMBANG MERDEKA MERIAH

30 OGOS 2016 - Sambutan Ambang Merdeka SK LKTP Jengka 21 meriah dengan  perbagai acara dan persembahan.

Selain ucapan alu-aluan oleh GPK Kokurikulum SK J21, majlis dimulai dengan acara Mewarna bagi murid Tahap 1 dan Melukis Logo bagi murid Tahap 2.

Majlis diteruskan dengan Sayembara Puisi oleh murid-murid Tahap 2. Selain menunjukkan bakat sedia ada murid juga didedahkan dengan Didik Hibur melalui berpuisi sempena Bulan Kebangsaan 2016 ini.



 

Tahniah, MERDEKA!